Perodua Myvi
Gabungan Prestasi Dan Penjimatan
Kini Anda Boleh Memiliki Perodua Myvi Dengan Berurusan Secara Online Di Perodua Sales Dealer
Tekan Butang Di bawah Untuk Mengetahui Harga Perodua Myvi & Promosi Terkini.
Perodua Myvi 2022 telah dilancarkan pada November 2021. Model ini merupakan model genarasi ke 3 yang telah ditambah dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih dan kotak gear box yang berbeza daripada sebelum ini.
Enjin Perodua Myvi ini tiada perubahan, sama dengan versi yang terdahulu menggunakan enjin 1NR-VE untuk model 1.3L yang menjana kuasa sehingga 94hp. Manakala model 1.5L masih juga meggunnakan enjin 2NR-VE yang boleh menjana kuasa sehingga 102hp.
Kotak gear kini menggunakan jenis Dual Mode CVT (D-CVT). Jenis yang sama digunakan kepada Perodua Ativa
Spefisikasi Myvi
-
Enjin & Prestasi
-
- Pilihan Enjin: 1.3L atau 1.5L (2NR-VE).
- Kuasa (1.5L): 102 hp / 137 Nm tork.
- Transmisi: CVT (Continuously Variable Transmission)
Ciri-ciri Dalaman & Teknologi- Sistem Multimedia: Skrin sentuh dengan ‘Smart Link’ (sambungan HDMI).
- Penyaman Udara: Kawalan auto (bergantung varian).
- Paparan: Meter digital dengan TFT Display.
- Kesesuaian: Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40.
- Teknologi Lain: Pengiktirafan Suara (Voice Recognition), Perekod Video Digital (DVR) bersepadu, Pembaca Tol Binaan.
-
Ciri-ciri Keselamatan
Berikut adalah ciri-ciri keselamatan utama untuk Perodua Myvi:-
Advanced Safety Assist (ASA) 3.0
- Pengebrekan Kecemasan Autonomi (AEB): Sistem yang mengesan halangan di hadapan dan boleh membrek secara automatik untuk mengelakkan perlanggaran.
- Amaran Pra-Pelanggaran (Pre-Collision Warning): Memberi amaran awal jika terdapat risiko pelanggaran.
- Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control): Menyesuaikan kelajuan kenderaan untuk mengekalkan jarak selamat dari kenderaan di hadapan.
- Amaran Penukaran Lorong (Lane Departure Warning): Memberi amaran jika kenderaan menyimpang dari lorong tanpa memberi isyarat.
Sistem Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
- Membantu mengekalkan kestabilan kenderaan dalam situasi memandu yang mencabar seperti jalan licin.
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Mencegah roda daripada terkunci semasa membrek kecemasan dan mengagihkan kuasa brek secara optimum.
Traction Control System (TCS)
- Membantu mengawal daya tarikan tayar untuk mencegah tergelincir.
Hill-Start Assist
- Membantu pemandu untuk memulakan perjalanan di kawasan berbukit tanpa bergerak ke belakang.
Airbag Pelbagai
- Dilengkapi dengan 6 beg udara: depan (pemandu dan penumpang), sisi, dan tirai.
Sensor Parkir Depan dan Belakang
- Membantu pemandu dengan memberi amaran jika terdapat halangan semasa parkir.
Kamera Undur
- Memberikan pandangan visual bahagian belakang kenderaan untuk memudahkan parkir.
Sistem ISOFIX untuk Kerusi Kanak-kanak
- Pemasangan yang selamat dan mudah untuk kerusi kanak-kanak.
Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert)
- Memberi amaran tentang kenderaan yang mendekati dari sisi belakang semasa mengundur (untuk varian terpilih).
Perbandingan Varian
Pilihan Warna





Senarai Harga Perodua Myvi
Klik Butang Untuk Katalog